Saturday 17 September 2011

Pemansuhan Akta ISA dan era baru iklim politik di Malaysia

Salam mendengar saja kata-kata Dato Seri Najib Tun Razak semasa membuat ucapan Hari Malaysia yang baru lalu ini membuatkan ramai penonton terkedu sekejap mendengar kenyataan yang dianggap berani iaitu pemansuhan akta ISA, ramai juga dari pihak pembangkang menyatakan ini adalah salah satu strategi politik kerajaan BN untuk mendapatkan 2/3 majoriti semasa pilihanraya nanti dan ramai juga menyatakan kesanggupan PM untuk memansuhkan ISA ialah ingin mengajak semua pengamal politik di Malaysia tanpa mengira pendapat ideologi politiknya lebih sopan dan beradab dalam mempetengahkan perjuangan politiknya.

Sedar atau tidak kenyataan PM itu  telah mengubah landskap politik Malaysia jika dilihat secara tidak langsung keterbukaan ini akan membuat lebih ramai menjadi lebih berani untuk menyuarakan pendapat yang lebih keras tetapi sudah sampai masanya kita di dalam arena politik ini perlu membuat satu paragdima ilmu kepoilitikan kita itu di mana kita perlu mempunyai lebih pemikiran yang strategik, kreatif, kerja berpasukan, menjadi contoh yang lebih baik, menjadi pemidato yang berpengaruh, mempunyai sifat pengorbanan yang tinggi, memiliki diplomasi yang hebat dan mempunyai ilmu politik yang lebih komprehensif, jika diamati keperluan-keperluan kriteria tadi ini akan membuatkan kita lebih popular kerana dalam politik keperluan utamanya adalah menang dalam pilihanraya.

UMNO perlu punya ramai pemimpin atasan, pertengahan dan akar umbi yang memiliki kriteria-kriteria seperti tersebut tadi agar survival perjuangan kita lebih realistik dan holistik di pandangan masyarakat, ketentuan inui tidak dapat disangkal lagi pada zaman kini sebab kita perlu faham bahawa rakyat Malaysia sekarang lebih berani dalam menentukan siapa yang lebih layak meneruskan kepimpinanan Negara.

Tuesday 13 September 2011

Had kepimpinan

Sabah merupakan sebuah negeri yang unik dari segi peralihan kepimpinan jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain, yang dimaksudkan dengan keunikan adalah fokas kepada iklim politiknya yang sering menjadi kontreversi kepada mata penganalisis politik mana tidak belum sampai saja had kematangan sebuah kerajaan negeri ianya telah berubah angin kepimpinan, inilah yang sering menjadi igauan kepada rakyat Sabah, kita rakyat Sabah telah disajikan dengan pengiliran jawatan Ketua Menteri, bila diamati betul-betul pengiliran ini membuat kita bingung kerana kita faham dari segi logiknya setiap ketua mempunyai ideanya masing-masing jika ada idea-idea ini yang boleh membawa kepada pembangunan fizikal dan rohani rakyat Sabah dan ianya memerlukan satu tempoh yang agak lama kemungkinan mengambil masa dalam tempoh 10 tahun hingga 15 tahun maka apa yang dirancangkan itu akan menjadi angan-angan saja, jawatan Ketua Menteri macam sebagai simbolik  saja tiada apa-apa, kita rakyat Sabah ini kita tidak mahu sudah masanya sudah berubah kita perlukan sebuah kerajaan negeri yang kian matang seperti mana sekarang dan kita mahu mereka melengkapi apa jua cita-cita untuk membangun negeri Sabah pada landasan yang benar, kita tidak mahu lagi seperti dulu semasa pari Berjaya memerintah baru 10 tahun memerintah sudah berubah kepimpinan sedangkan waktu itu kita boleh perkatakan Sabah tengah pesat membangun tetapi kemajuan bukan boleh kita dapat dalam sekelip mata ianya perlu bertahun-tahun untuk dilaksanakan secara konsisten dan perancangan yang terbaik.

13/9/2011
Putatan